Commons: Wiki Cinta Budaya 2023/Peraturan

From Wikimedia Commons, the free media repository
Jump to navigation Jump to search
This page is a translated version of a page Commons:Wiki Loves Folklore 2023/Rules and the translation is 86% complete. Changes to the translation template, respectively the source language can be submitted through Commons:Wiki Loves Folklore 2023/Rules and have to be approved by a translation administrator.
Outdated translations are marked like this.


Welcome to Wiki Loves Folklore!

Wiki Folklore on website Wiki Folklore on Facebook {{{Threads}}} Wiki Folklore on Twitter Wiki Folklore on Instagram Wiki Folklore on Telegram Wiki Folklore on YouTube Wiki Folklore via mailing list

Peraturan

  1. Peraturan 1: Pengkarya yang memuat naik gambar hendaklah memiliki hak cipta sendiri.
  2. Peraturan 2: Gambar hendaklah dimuat naik dalam tempoh masa yang ditetapkan bermula 1 Februari hingga 31 Mac. Walaupun media itu diambil di luar tempoh masa ini, anda boleh memasukkan tarikh tersebut, malah foto bersejarah sekalipun (selagi anda memiliki hak cipta terhadap foto itu), namun haruslah dimuat naik ketika tempoh pertandingan.
  3. Peraturan 3: Kesemua penyertaan hendaklah di bawah lesen bebas hak cipta, atau dilepaskan ke domain awam. Lesen utama yang digunakan oleh muat naik bestari ialah Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; 4.0 Antarabangsa (CC BY-SA 4.0).
  4. Peraturan 4: Kesemua gambar yang layak mesti mempunyai identifikasi. Identifikasi dilakukan dengan menambah penanda {{Wiki Loves Folklore 2023}}. Penanda ini dimasukkan secara automatik apabila peserta menggunakan pautan muat naik khas dengan butang biru yang terdapat pada paparan utama pertandingan.
  5. Peraturan 5: Gambar dalam apa-apa cara mempunyai kaitan dengan senarai kategori yang disediakan adalah layak dipertandingkan.
  6. Peraturan 6: Peserta perlu mengaktifkan ciri emel pada Wikimedia Commons supaya dapat dihubungi jika gambar mereka dipilih untuk urusan hadiah.

Nota untuk video

Media lain, seperti fail suara dan video, adalah dialu-alukan. Untuk video, sila hantar fail menggunakan format berikut: .ogg .ogv .webm .

  • Disebabkan isu hak harta intelek yang rumit, Wikimedia Commons tidak menerima kandungan video yang dihantar dalam format yang lain. Panduan berguna 'how to' tentang bagaimana untuk menukar media video kepada format-format yang dibenarkan terdapat di Wikimedia Commons. Anda dicadangkan untuk memuat naik 1 kandungan video dalam satu-satu masa.
  • Harap maklum: Gambar yang dimuat naik ke Wikimedia Commons perlulah berada di bawah skop Commons. Gambar di luar skop Commons akan dibuang tanpa notis. Terma Pelanggaran hak cipta dan Vandalisme berkuatkuasa dan boleh membawa kepada halangan. Sila ke paparan FAQ untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pertandingan ini.


Tidak layak

  • Foto/gambar yang sudah tersedia di Commons (bermakna muat naik semula gambar yang sudah tersedia tidak dibenarkan)
  • Foto/gambar disimpan di Wikimedia Commons, jadi kesemua penyertaan hendaklah berada di bawah skop Commons. Penyertaan di luar skop tidak layak dipertandingkan, malah akan dibuang tanpa notis.
  • Foto/gambar yang mengandungi watermarks, penanda masa atau kredit imej dalam paparan gambar itu sendiri atau apa jua suntingan yang dibuat bagi mengaitkan foto itu dengan penyumbang adalah tidak dibenarkan.
  • Foto/gambar dan kandungan video berkaitan pornografi tidak akan diterima dalam pertandingan ini.

Kriteria penilaian

Penilaian akan dilakukan oleh panel dari ahli Wikipedia antarabangsa, jurugambar profesional dan pakar-pakar berkaitan, berdasarkan kepada peraturan asas fotografi dan juga piawaian komuniti.

  • Foto yang bagus memiliki penceritaan yang baik.
  • Foto yang bagus membuang kesemua elemen yang tidak perlu dari elemen utama, supaya ianya tidak terkeluar dari konteks foto tersebut.
  • Potensi kegunaan dan nilai foto secara keseluruhan (termasuklah lesen hak cipta) kepada projek Wikimedia.
  • Kualiti teknikal - Parameter imej seperti fokus, pencahayaan, tahap ketepuan, ISO dan lain-lain akan diambil kira.

Pihak juri akan menilai setiap penyertaan berdasarkan kriteria berikut:

  • Kualiti teknikal
  • Keaslian
  • Potensi kegunaan dan nilai foto secara keseluruhan (termasuklah lesen hak cipta) kepada projek Wikimedia.

Sumber teks atribusi dalam paparan ini: Commons:Wiki Loves Uniformed services (India)/Peraturan dan undang-undang