Commons:WikiSelera

From Wikimedia Commons, the free media repository
Jump to navigation Jump to search
Laman utama Pemenang Soalan lazim & tutoran Senarai makanan Tanya komuniti Commons
WikiSelera merupakan sebuah pertandingan gambar bebas bagi makanan-makanan tradisi di bawah penyeliaan Wikimedia Malaysia.
1 April – 7 Jun 2021
Wikipedia mempunyai pelbagai rencana mengenai masakan dan sajian tradisi Malaysia, namun kebanyakan darinya tidak mempunyai gambar yang cukup. Malah, sesetengah daripadanya langsung tidak mempunyai rencana di Wikipedia. WikiSelera bertujuan untuk mengisi jurang tersebut agar makanan-makanan tempatan bukan sahaja dapat direkodkan dan diperkenalkan kepada dunia luar, tetapi juga dapat digambarkan sekali.
Segala yang anda muat naik akan berada di bawah lesen Creative Commons Atribusi-PerkongsianSerupa 4.0 di mana semua orang dapat salin dan edar semula bahan tersebut dalam sebarang medium atau format, serta membuat adunan semula, mengubah, dan membina di atas bahan untuk sebarang tujuan, walaupun secara komersial.

Daftar di sini

Muat naik gambar

Peraturan & Ketetapan Pertandingan
1.
Warganegara dan penduduk Malaysia
Pertandingan ini adalah untuk warganegara Malaysia sahaja, maka peserta pertandingan ini hendaklah menjadi seorang warganegara Malaysia serta bermastautin di mana-mana bahagian Malaysia. Penyertaan dari bukan warganegara Malaysia dialu-alukan, namun penyertaan tersebut tidak akan layak untuk memenangi apa-apa hadiah.
2.
Terbuka kepada semua lapisan umur
Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua tidak kira umur peserta. Walau bagaimanapun, peserta di bawah umur 18 tahun perlulah mendapat keizinan daripada ibu bapa atau penjaga. Jika anda belum mencapai usia 18 tahun dan tidak mempunyai keizinan daripada ibu bapa atau penjaga, anda hanya boleh serta sahaja tanpa peluang untuk memenangi apa-apa hadiah.
3.
Anda tidak boleh memenangi apa-apa hadiah jika:
  • Anda merupakan salah seorang penyelia Wikipedia Bahasa Melayu.
  • Anda mempunyai talian persahabatan/persaudaraan dengan salah seorang juri.
4.
Penyertaan baharu sahaja
Hanya penyertaan baharu akan diterima. Jika anda pernah memuat naik gambar yang ingin disertakan untuk mana-mana pertandingan sebelum ini, penyertaan tersebut menjadi tidak sah, walaupun penyertaan tersebut tidak pernah menang apa-apa pertandingan sebelum ini.
5.
Pembatalan penyertaan
Para juri mempunyai hak sepenuhnya untuk membatalkan mana-mana penyertaan atas sebab-sebab tertentu. Hal ini perlu dipersetujui oleh semua ahli juri dengan nasihat penganjur WikiSelera.
6.
Keputusan adalah muktamad
Keputusan para juri adalah muktamad dan tidak akan diubah melainkan dinyatakan sebaliknya. Segala jenis aduan terhadap keputusan pertandingan tidak akan dilayan sama sekali.
Ketetapan Teknikal
Langkah-langkah Penyertaan
Cipta akaun atau log masuk ke Wikimedia Commons.
Isi borang pendaftaran melalui butang di atas. Anda hanya perlu isikannya sekali sahaja selama tempoh pertandingan ini.
Muat naik gambar anda ke Wikimedia Commons dan isikan segala maklumat yang diperlukan. Pastikan bahawa anda menggunakan butang yang tersedia di atas, dan bukan memuat naik secara biasa.
Pemenang akan diumumkan di laman ini, Kedai Kopi Wikipedia Bahasa Melayu, serta di laman-laman sosial rasmi Wikimedia Malaysia dan Wikipedia Bahasa Melayu.