Commons:Gambar Tahun Ini/2013/Keputusan/R2/Pesanan

From Wikimedia Commons, the free media repository
Jump to navigation Jump to search
This page is a translated version of a page Commons:Picture of the Year/2013/Results/R2/msg and the translation is 92% complete. Changes to the translation template, respectively the source language can be submitted through Commons:Picture of the Year/2013/Results/R2/msg and have to be approved by a translation administrator.
Outdated translations are marked like this.

Keputusan Gambar Tahun Ini 2013

Gambar Tahun Ini 2013. Paparkan semua keputusan »

Kepada ahli Wikimedia

Pertandingan Gambar Tahun Ini 2013 telah berakhir dan dengan ini kami berbangga untuk mengumumkan keputusannya: Kami berjaya memecahkan rekod penyertaan untuk tahun ini dimana lebih ramai telah mengundi dalam Gambar Tahun Ini 2013 berbanding tahun sebelumnya. Dalam kedua-dua pusingan, 4,070 orang telah mengundi untuk gambar-gambar kegemaran mereka. Selain itu juga, terdapat lebih banyak pencalonan (gambar pilihan) dalam pertandingan ini berbanding sebelumnya (berjumlah 962 gambar).

  • Dalam pusingan pertama, 2,852 orang telah mengundi untuk kesemua 962 fail gambar
  • Dalam pusingan kedua, 2,919 orang telah mengundi untuk 50 pencalonan akhir (30 teratas keseluruhan dan 2 teratas bagi setiap kategori)

Kami mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan berterima kasih kepada mereka kerana menghasilkan gambar-gambar yang begitu menarik dan berkongsinya sebagai kandungan yang berlesan bebas:

Klik sini untuk memaparkan gambar-gambar teratas »

Kami dengan ikhlasnya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua 4,070 pengundi kerana mengambil bahagian dalam pengundian kali ini dan kami berharap anda semua dapat kembali lagi untuk pertandingan tahun seterusnya pada awal 2015. Kami turut mengundang anda untuk terus mengambil bahagian dalam komuniti Commons dengan berkongsi karya anda disini.

Terima kasih,
Jawatankuasa Gambar Tahun Ini