Di manakah tempatnya untuk memuat naik gambar saya?
Gambar anda haruslah dimuat naik melalui laman khas yang disediakan. Jangan muat naik gambar secara biasa jika anda mahu menyertai pertandingan ini, kerana hanya melalui laman tersebut penyertaan anda akan menjadi layak.
•
Adakah saya perlu mendaftar untuk menyertai pertandingan ini?
Benar. Untuk menyertai pertandingan ini, anda perlu mendaftar akaun Wikimedia Commons terdahulu untuk memuat naik gambar, serta mendaftar penyertaan anda (satu kali sahaja selama tempoh pertandingan) agar layak untuk menang. Tanpa pendaftaran ini, segala penyertaan tidak akan diambil kira dalam penilaian para juri setelah tempoh pertandingan telah tamat dan juri-juri telah mula membuat penilaian mereka.
•
Apakah tajuk yang sesuai bagi fail yang akan saya muat naik?
Tajuk fail haruslah umum (contohnya: File:Laksa_Kuala_Kedah.jpg). Anda tidak perlu meletakkan nama pertandingan atau menyebut perihal pertandingan ini di dalam tajuk fail mahupun penerangan dan kapsyen gambar tersebut (contoh: bukan File:Penyertaan_WikiSelera_20200414_-_Laksa_Kuala_Kedah.jpg.
•
Berapakah had penyertaan yang boleh saya hantar?
Tiada had bagi penyertaan untuk pertandingan ini. Anda boleh memuat naik dan menyertakan seberapa banyak gambar, namun, hanya satu daripada kesemua penyertaan anda akan dipilih. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai beberapa gambar serupa atau hampir serupa, kami mencadangkan agar anda memuat naik yang terbaik daripadanya sahaja.
•
Saya mengambil gambar sebelum tempoh pertandingan, masihkah boleh saya sertakannya?
Boleh. Anda dibenarkan untuk menggunakan gambar anda dari bila-bila sahaja, selagi ia dimuat naik ke Wikimedia Commons dalam tempoh pertandingan ini.
•
Adakah boleh saya menyunting gambar saya menggunakan perisian seperti Photoshop terdahulu?
Penyuntingan gambar bagi tujuan membetulkan keterangan, kontras dan sebagainya adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun, adalah digalakkan jika penyuntingan itu tidak terlalu jelas sehingga gambar tersebut tidak lagi kelihatan tulen.
•
Apakah yang dimaksudkan dengan lesen CC-BY-SA 4.0?
Anda boleh menghantar apa-apa sahaja pertanyaan ke e-mel kami di wikimedia.msia@gmail.com.
Tutoran
1)
Daftarkan diri Pergi ke laman utama pertandingan WikiSelera dan cari butang berwarna merah bertulis "Daftar di sini". Tekan butang tersebut untuk ke borang pendaftaran WikiSelera.
Isi borang pendaftaran Isikan alamat e-mel anda ke dalam ruang yang telah disediakan dan tekan butang "Seterusnya". Kemudian, isikan semua maklumat yang diminta sebelum menghantar borang tersebut. Pastikan maklumat yang diisi adalah tepat.
(2
3)
Pergi ke laman kempen WikiSelera Kembali ke laman utama pertandingan WikiSelera dan cari butang berwarna merah bertulis "Muat naik gambar". Tekan butang tersebut untuk ke laman kempen WikiSelera.
Pergi ke halaman muat naik khas Cari butang berwarna biru bertulis "Muat naik!" atau "Upload!". Tekan butang tersebut untuk ke laman muat naik khas WikiSelera.
(4
5)
Muat naik gambar Muat naik gambar penyertaan anda melalui sistem yang disediakan. Pastikan bahawa gambar tersebut telah menepati ketetapan teknikal WikiSelera agar layak dalam pertandingan ini.
Isi maklumat gambar Isikan semua maklumat gambar yang dikehendaki iaitu tajuk, keterangan, tarikh dicipta dan kategori. Sila pastikan tajuknya menjelaskan gambar tersebut secara ringkas (cth. "Laksa") dan bukannya sesuatu seperti "IMG-20210401-130058-2".